Friday, October 23, 2015

Minyak Herba Morhabshi


Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.




Ramuan Perubatan Tradisional:-
Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dsb dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah (luar), kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit birit dsb. Campuran ini juga dikatakan dapat menghentikan pendarahan luar.

Minyak Morhabshi dikategorikan sebagai unik dan serbaguna. Kegunaannya meliputi fizikal dan mistik, serta penyakit luaran dan dalaman. Malah, terdapat beberapa kes yang dimaklumkan pada kami bahawa Minyak Morhabshi telah membantu meningkatkan hubungan suami isteri (digunakan oleh pihak suami secara urutan pada alat kelamin).


Antara keunikan Minyak Morhabshi ialah ia menyelesaikan kes kerasukan dan gangguan makhluk halus seperti histeria, bayi menangis tidak semena-mena, sawan, sihir, buatan orang, santau, dan sebagainya.

Minyak Morhabshi berkesan untuk asma, batuk, sakit dada, dan sebagainya. Minyak Morhabshi juga didapati mujarab untuk hampir semua penyakit kulit termasuk kayap, kurap, gatal-gatal dan serangan bakteria. Malah Almarhum mendakwa ia juga mujarab untuk barah. Hal ini kemudiannya diakui oleh seorang Sahabat Morhabshi iaitu Ustaz Samsudin dari Kemaman Terengganu. Beliau juga seorang pengamal perubatan tradisional yang baru-baru ini menggunakan Minyak Morhabshi bagi merawat seorang pesakit Barah Hati kronik .


bayi ‘kembung’
sawan tangis

pusat bayi (agar mudah tanggal)
kanser (luar)
kayap
kurap
gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha)
jerawat batu dan biasa(termasuk bisul kecil pada muka, kepala, tubuh)
kudis
bisul
melecur terkena api atau air/minyak panas
gigitan serangga & binatang bisa
simpul biawak
tumit pecah
telinga menanah dan lain-lain




Cara Gunanya:-
Sapu sahaja di tempat berkenaan dan urut secara perlahan di bahagian yang terseliuh/urat bersimpul.


Untuk Masalah Dalaman:-
muntah, muntah darah
mabuk-mabuk ,meloya dan sebagainya…
batuk
santau
lelah/asma
sakit gigi/ubat gigi
senak
cirit birit
perut memulas
mulut pecah
Sakit tekak dan lain-lain.




Cara Gunanya:- Minum terus sesudu pun bolih atau titiskan 3-5 titis dalam suku cawan air suam lalu di minum (ambil ikut keperluan)…Bagi bayi yang masih menyusu atau berumur 2 tahun kebawah JANGAN di beri minum hanya kegunaan luaran saja bagi bayi…bagi masalah gigi guna kapas atau titiskan pada berus gigi sebagai ubat gigi…dan sapu pada bibir/bahagian mulut yg pecah.


No comments:

Post a Comment